15 Jenama Tudung Ini PALING Laris di Malaysia 

Ledakan jenama tudung atau shawl semakin menjadi-jadi. Mana tidaknya, trend hijab semakin rancak menghantui wanita. InTrend tampilkan 15 jenama tudung atau shawl pilihan wanita hijab masa kini.



 LAMBAKAN pelbagai jenama tudung dan shawl di pasaran terus mendapat sambutan, tidak kira ia dijual di butik atau dalam talian. Malah jenama tudung itu sendiri boleh mencetus fenomena sehingga mampu mencipta kumpulan pengikut setianya sendiri. Namun keinginan wanita untuk berhijab atau bergaya dengan tudung tidak mampu disekat-sekat lagi, sehingga ia berjaya merancakkan industri fesyen Islamik. 

Mana tidaknya ia mencetus fenomena, pengaruh iklan, model atau selebriti yang menggayakan tudung tersebut adalah salah satu faktor jenama itu menjadi kegilaan wanita berhijab. Selain itu, trend penggunaan simbol hashtag (#) dan outfit of the day (OOTD) di laman sosial juga salah satu faktor pengguna obses terhadap jenama-jenama popular. 

Apatah lagi gaya yang mereka muat naik menerusi hashtag itu dilihat berjuta-juta pengguna laman berkenaan setiap hari… malah pada setiap minit, setiap saat! Obsesnya wanita terhadap tudung popular ketika ini tidak terhenti dengan membeli koleksi terbaharu yang dikeluarkan, malah tudung yang telah dipakai (pre-loved item) dan  kotak simpanan tudung (scarf box) turut menjadi rebutan. Itulah penangan tudung kepada wanita. 

Adakah pembeli masa kini membeli tudung atau shawl disebabkan model yang menggayakan kelihatan cantik atau hanya sekadar jenama sahaja? 

InTrend senaraikan 15 jenama tudung yang mempunyai pengikut fanatik di media sosial, malah yang paling berpengaruh dalam industri fesyen tudung. Jika anda juga memiliki tudung daripada jenama ini, jom kongsikan bersama kami dalam ruangan komen. 


1. DuckScarves, 269k followers



 2. Naelofar Hijab, 510k followers



 3. Fareeda, 125k followers


4. Aidijuma Scarf, 482k followers 


 5. Sugarscarf, 363k followers



6. Radiusite, 410k followers



7. Owl By Nora Danish, 215k followers



8. Tudungpeople, 254k followers




 9. Ariani, 291k followers



10. Twinkle by Elfira, 106k followers


 11. Cakenis, 181k followers


12. Ameera Zaini,137k followers



13. BAWAL EXCLUSIVE, 141k followers



14. ALHUMAIRA, 258k followers



15. TUDUNGRUFFLE, 285k followers